Tuhan,
Tolong tunjukkan jalan-Mu
Aku dah lelah berjalan sendiri dalam lorong gelap
Lorong yang seakan tiada penghujung
Tuhan,
Betapa aku terasa yang Engkau sangat menyayangi aku
Menjaga diri aku dari segala petaka yang dibawa kawan-kawanku
Kawan-kawan seperjalananku di lorong yang gelap
Tuhan,
Engkau Maha Mengetahui
Mengetahui hati seorang hamba
Hamba yang sedia keluar dari lorong
Lorong gelap, hitam penuh nista
Tuhan,
Engkau Maha Mengetahui
Mengetahui gundah seorang hamba
Hamba yang terpesong
Terpesong dalam cinta dan naluri yang salah
Tuhan,
Di saat matari sudah terlihat di penghujung lorong
Lorong yang saya lalui semenjak 12 tahun lampau
Tetiba mereka datang semula untuk memesongkan jalan aku
Tuhan,
Tolong kuatkan hati aku
Untuk tinggalkan mereka dan biarkan aku keluar dari lorong yang gelap ini
Tuhan,
Ini adalah rintihan dari hati yang telus
Kuatkan semangat aku meninggalkan lorong gelap itu
Tuhan,
Aku lelah disetiap "bersama" mereka
Perasaan gundah, risau dan takut menyatu
Hati bertanya-tanya
Apakah "petaka" itu berpindah ke tangan aku
Tuhan,
Kini biarkan aku meninggalkan mereka.
Kuatkan semangat aku
Biarlah 11hb Disember 2011 sebagai penghujung hari bersama mereka.
Tuhan,
Terimakasih kerana Engkau telah menjaga aku dari "petaka"
"petaka" yang akan berpindah-pindah dari tangan mereka
"petaka" yang penghujungnya adalah maut.
"petaka" yang meraka sangak obor dalam lorong gelap yang mereka tempuhi
Tuhan,
Kini mereka datang semula
Meminta aku mengikut mereka berjala-jalan dalam lorong gelap.
Tuhan,
Bimbinglah aku
Kuatkan semangat aku
Untuk menghindar dari mengikut mereka memasuki lorong yang sedia saya tinggalkan.
Tuhan,
Biarlah segala kenangan aku tentang lorong gelap itu
Berakhir sampai di 11hb Disember 2011 sahaja
Kini biarkan aku berjalan dalam terang
Kini biarkan aku menggapai semua yang aku impikan
Kini biarkan aku bertaubat
Meninggalkan semua kawan-kawan aku dalam lorong yang gelap gelita.
.