Page Tab Header

Sunday, April 7, 2013

Penyakit Seksual


Penyakit-Penyakit Seksual


Memang sifat semulajadi manusia atau haiwan, memerlukan seks. Seks merupakan daya tarikan bagi setiap individu yang waras. Manusia wujud kerana seks, tanpa seks, mustahil manusia wujud begitu ramai hingga kehari ini.

Tentu sekali seks ada dua sifat iaitu seks halal dan seks haram. Bagi seks halal kita tidak perlu membicarakan apa-apa kerana pada kebiasaannya seks halal tidak mempunyai banyak masalah. Malah jika dipupuk secara baik, ia menjadi aman dan tenteram, membiakkan manusia untuk menwarisi kehidupan dalam dunia ini.

Berapa faktor yang perlu kita mempelajari dalam seks yang haram ialah:
membawa penyakit berjangkit
melemahkan daya tahan badan
membawa maut


 
Penyakit Berjangkit
Banyak penyakit-penyakit berjangkit menerusi seks haram. Diantaranya ialah
penyakit gonorea ( kencing nanah )
penyakit siflis ( kudis dikemaluan )
kayap kelamin ( herpes genitalis )
Aids ( Hiv )

Penyakit-penyakit seperti diatas selalunya dinamakan sebagai penyakit kelamin atau veneral disease. Kebiasanya penyakit kelamin ialah penyakit yang dijangkiti melalui hubungan seksual dengan orang-orang yang membawa penyakit tersebut, sama ada lelaki atau perempuan.

Dalam kes-kes tertentu seperti gonorea atau siflis, terkadang-kadang, perempuan itu sendiri tidak menyedari bahawa mereka adalah pembawa penyakit atau kita kenali sebagai 'carrier', sebab ada dikalangan wanita, mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka adalah pembawa yang sihat.

Cara yang sering merebaknya penyakit kelamin, antaranya ialah sentuhan atau pemindahan bendalir badan seperti air mani, cecair faraj atau darah kepada pasangan masing-masing. Dalam kes siflis umpamanya, penyakit ini merebak melalui kudis-kudis kecil disekitar kemaluan, baik lelaki mahupun perempuan. Jangkitan cara ini biasanya disebut sebagai jangkitan secara terus menerus atau direct contact.

Sementara satu lagi cara jangkit ialah secara tidak langsung itu melalui sentuhan pembawa yang ditinggalkan dikain-kain tuala, selimut atau peralatan yang kotor, dihotel-hotel yang tidak bersih dan kotor. Tempat-tempat yang sering terdedah kepada jankitan, selain dari kemaluan, ialah dibahagian luka-luka kecil dibadan atau kudis-kudis yang terbuka. Sungguhpun demekian, jika seseorang itu tahu menjaga kebersihan, jangkitan-jangkitan seumpama ini tidak boleh berlaku, seandainya kita menjaga kebersihan badan sebaik mungkin.

Satu lagi perkara yang sering membawa kepada penyebaran kuman atau virus ini, ialah persekitaran yang lembab dan hangat. Oleh itu kita sering dapati bahawa jangkitan penyakit-penyakit ini biasanya berlaku disekitar kemaluan, dubur, mulut dan sebagainya.

Dikalangan homeoseksual, jangkitan penyakit kelamin bermula disekitar dubur, sementara dikalangan lesbian , jangkitan bermula disekitar mulut melalui ciuman.



Beberapa tanda penyakit kelamin

Kencing nanah keluar dari kemaluan seperti dihujung zakar atau faraj. Tanda awal rasa demam, pening-pening kepala, diikuti dengan kencing sakit, kencing nanah dan kencing darah. Air kencing tersekat-sekat dan terasa sakit bila hendak kencing.

Rasa gatal dibahagian-bahagian tertentu badan terutamanya disekitar kemaluan, mulut atau dubur.

Lepuhan disekitar kemaluan seperti gelembung-gelembung kecil berair, ini kemungkinan sebagai kayap kelamin atau herpes. Tandanya gatal dan kadangkalan pedih, panas. Gelembung ini cepat pecah dan baik, kemudian timbul pula dalam beberapa bulan akan datang, dan berterusan begini sehingga berpuluh-puluh tahun.

Badan berkudis atau bisul naik dibahagian-bahagian tertentu badan

Badan semakin hari semakin lemah. Berat badan menurun

Keletihan yang berterusan

Pada wanita - gatal dipermukaan faraj atau dibibir tepi kemaluan.




Beberapa Ubat Homeopati

Untuk Herpes Genitalis : Variolinum, Argentum Nitricum, Mercurius Corrisive, Medorrhinum, Aconitum Napellus, Hepar Suplhuricum.

Untuk Kencing Nanah : Medorrhinum, Pulsatilla, Copaiva., Cubeba, Natrum Sulphuricum.

Untuk Kencing Pedih : Cantharis, Silicea., Tussilago Pet., Chamomilla.

Untuk Siflis : Syphillinum., Medorrhinum, Thuja., Alumen., Petroselinum., Kreosote.

Untuk Aids : Ubat-ubat homeopati masih lagi dalam ujian-ujian berpandukan pengalaman-pengalaman yang dilakukan di hospital-hospital homeopati di India dan Pakistan.

Selain dari ubat-ubat tersebut, beberapa teknik pencegahan wajib dilakukan, antaranya ialah:

• Jauhi seks haram atau dengan orang-orang yang mencurigakan

• Jangan melakukan seks dengan banyak pasangan

• Lakukan seks hanya dengan isteri atau suami anda sahaja.

• Pakai kondom, tidak boleh menjamin anda tidak dijankiti !

Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang mencurigakan, anda boleh menghubungi talian R & D khidmat nasihat Fakulti Perubatan Homeopathi Malaysia.

Kunselor : Prof Dr Nik Omar 03 4042 2020

No comments:

Post a Comment